Saturday, November 19, 2011

Fakta Lawak..

1. Tidur yang normal dapat mencegah dari proses penuaan terutamanya tidur ketika anda sedang memandu. (mampus eksiden) 2. Mempunyai seorang anak menjadikan anda sebagai ibu/bapa manakala mempunyai dua orang anak menjadikan ada seorang pengadil (anak gaduh doh!) 3. Perkahwinan adalah satu perhubungan di mana salah seorang akan sentiasa betul dan seorang lagi ialah si suami! 4. Otak manusia berfungsi 24 jam sehari, 365 hari setahun sehinggalah anda jatuh cinta kepada seseorang.

(-_-') miahahahahaha...

Friday, November 18, 2011

Lawak lucah - Aduhhh! Dah tak tahan dah..

Punggung dia bergegar, punggung aku juga bergegar. kami sama-sama sudah tidak dapat menahan! Aku sudah penat ni………, masih juga belum sampai-sampai, dan aku pon tak tahan dia semakin lagi tak tahan!

Dia terhentak dan aku turut ikut terhentak. kami semakin tak tahan! kami sama-sama sehaluan terus bergegar serta bergoyang-goyang macam nak…… aku semakin ligat me………… Arrrrr..aaaahhhhh..! Aduh! aku dah tak boleh tahan dah!

Kerana terlalu lama bergegar dan bergoyang, dia pun tak tahan lalu meraung Arrrr..aaaah! Aduh! Mana tahan! Arrrr..aaaahhhhhh! Sampai kuar air mate aku meraung!

Aku pun berhenti dari mengayuh basikal tu!Kami sama-sama turun dari basikal. Sambil menyangkung, kami memeriksa tayar basikal yang dah pancit tu.

“Aku dah kata, kita tak boleh naik basikal yang tayarnya dah pancit!” “Nanti punggung kita pon sakit!” “Kau nie degil lah!” “Sudahlah! Kita repair aje dulu tayar basikal nieee dikedai basikal”


(-_-') miahahahahaha...

Kisah 3 Mayat..

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.

Polis : “Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?”

Penjaga : “Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.”

Polis : “Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?”

Penjaga : “Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya!”


(-_-') miahahahahaha...

Cita-cita..

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”. “Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.


(-_-') miahahahahaha...

Thursday, November 17, 2011

Kisah Seorang Isteri..

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami hentakan dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.

Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan; ” Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba…”

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah ” Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang…”

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. “Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang …. ayang masih di sisi abang.

Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, …ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, “Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi.” Esakan si isteri bertambah kuat…

Si suami berkata lagi, “Abang rasa ayang ni bawak sial la …. BERAMBUS KAU SEKARANG!!


(-_-') miahahahahaha...

Pesakit, Doktor dan Kacang Hijau..

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor : “Selamat petang…” Pesakit : “Selamat petang Doktor!” Doktor : ” Ada masaalah apa …?” Pesakit : “Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor…” Doktor : “Biar saya periksa telinga anda!” setelah diperiksa… . Doktor : ” Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut….” Pesakit : “Apa caranya doktor?” Doktor : “Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma…” Pesakit : “Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?” Doktor : “Yang percuma kena sabar…” Pesakit : “Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya…?” Doktor : “Anda siram telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge’ anda boleh ler tarik keluar.” Pesakit : “Huh!”


(-_-') miahahahahaha...

Kisah Stewardess yang Terlampau..

saloma: kambing, ikan, pasta? pax: urmm.. ayam ada? saloma: libas tray laju2 kat kepala pax.

saloma: teh, kopi, hot choc? pax: cappucino ada? saloma: siram kepala pax dengan kopi.

saloma: sandwich ayam dengan salad.. atau sandwich mushroom dengan cheese? pax: nak sandwich ayam dengan cheese? saloma: hempuk kepala pax kat screen IFE.

saloma: bar service.. pax: ada beer? saloma: amstel light, heineken, bittburger? pax: carlsberg? saloma: baling kepala pax dengan botol cognac.

pax: boleh smoking? saloma: tak boleh pax: alah, boleh lah.. please?? saloma: bukak pintu, campak pax keluar from 40000ft. enjoy ur ciggies!

pax: anak saya nangis lah.. saya nak tido pun tak boleh.. saloma: so? pax: boleh tak kamu tengok2 sekejap? saloma: im not ur nanny. pax: please? saloma: bawak budak pergi belakang, letak kat toilet bowl dan flush. suck babeh, suck!

pax: tau tak kita kat mana sekarang? saloma: kamu boleh check kat IFE, flight track. pax: yeah saya tahu. tapi saya tanya kamu, tahu tak kita kat mana sekarang ni? saloma: dalam aircraft. baling remote control kat kepala pax.

pax: saya ada connecting flight kejap lagi.. pergi new york. tahu tak gate berapa? saloma: nanti sampai, refer ground staff. pax: tapi saya taknak buang masa. saya nak terus pergi.. saloma: bukak pintu, campak pax keluar. saya taknak buang masa kamu.

captain: tuan2 dan puan2. ini captain Z bercakap. sekarang kita di cruising altitude 37,000 ft.. pax: kamu tahu captain tipu? jam saya cakap tak sampai pun 37,000.. saloma: tengok je pax, mata tak berkedip. pax: nanti kamu cakap kat captain ye.. saloma: bukak pintu, campak pax keluar. sama tak altitude sekarang?

pax: ding! (call button) saloma: yes? pax: eh, takde pape. 1min.. pax: ding! saloma: yes? pax: takde pape. haha. dia ada bunyi dengan lampu. 1min.. pax: ding! saloma: boleh saya tolong? pax: kalau saya tekan ni saya panggil kamu eh? saloma: kamu ni 1st time naik kapal terbang eh?


(-_-') miahahahahaha...

Wednesday, November 16, 2011

Pisau Lipat..

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan… Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.

“Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?” tanya pelajar senior itu.. Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..

“Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!” Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..

“Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!”

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu…

“STAINLESS STEEL cepat keluar…!!!”


(-_-') miahahahahaha...

Belajar Bahasa Jepun..

01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu – KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi – NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO

06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab – AYUMI CIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH – SAIIFOOL BAUKARI

perkataan ataupun nama yang terdapat di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada pun hanya kebetulan sahaja.


(-_-') miahahahahaha...

Baju Cinta Nenek..

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”. “tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek . “ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya “BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan “ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogell kat depan pintu.

“kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi. “ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi. “BAJU CINTA???……kalau iye pun, iron la dulu baju tu”


(-_-') miahahahahaha...

Tuesday, November 15, 2011

Pak Pandir dan Ikan..

Pak Pandir memberikan Mak Andeh Sekor ikan keli untuk disiang.

Mak Andeh: Cemana nak mamposkan ikan ni Pandir oii? Nak ketuk kepalanya sadisla plak.

Pak Pandir: Apa susahnya Andeh? Kau rendamkan ikan 2 dlm air, nanti mamposlah dia..


(-_-') miahahahahaha...

Kisah Ali Orang Gila Kg Pinang..

Al-kisah…..adalah satu kampung ni..nama kampung ni kampung pinang 18 batang. Kat kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni..adala sorang laki ni. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni orang gila kat kampung ni. So..ramai la yang pandang slag kat dia. Ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita…

Pada suatu hari..si Ali ni gi la masjid nak semayang jumaat…ey..ni educated nyer orang gila tau..semayang tak tinggal. Contohilah dia ni. Sedangkan orang gila pun semayang…korang yang siuman ni pun semayang la gak ek.. ok….sambung citer. Lepas si Ali ni semayang jumaat, dia nak balik la kan . So..masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek. Aper lagi…mengamukla dia…

Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: “kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik ko pulang cepat!!!!!!!…” Semua orang menjadi takut..ye la..orang gila kan ..memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak anak bini orang…..kang..ha..naya.. Diulang sekali lagi…”kepada sesiapa yang curik selipar kesayangan aku tu..baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!” lalu orang yang curik tu pun pulang la balik. “lek la bang.. gurau jek”….

Tapi Ali memandang nyer dgn muka yang serius..muka macam nak makan orang gitu…

Haa…lalu budak yang curi selipar dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Ali.. takut la tue… lalu tok imam pun menegur Ali dan bertanya “kalau dia tak pulang apa yang akan kamu lakukan..?? apa yang ayah kamu lakukan..??” dengan suara dan wajah yang slamber….Ali pun berkata “saya balik kaki ayam la tok….”


(-_-') miahahahahaha...

Fakta Lawak..

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?


(-_-') miahahahahaha...