Saturday, December 17, 2011

Ulamak dan Pramugari..

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…


(-_-') miahahahahaha...

Friday, December 16, 2011

Berteriak Serentak..

Dua orang kanak-kanak jatuh ke sungai dan mereka tidak pandai berenang. Salah seorang dari kanak-kanak itu berteriak, “Tolong, Tolong”.

Rakannya yang lain berkata, “Mungkin lebih baik kalau kita berteriak serentak.”

“Idea yang bagus,” jawab rakannya dan dia mulai berteriak,

“Serentak!!, serentak!!.”


(-_-') miahahahahaha...

Ular Tua yang Rabun..

Seekor Ular Tua yang rabun pergi ke klinik dan berjumpa dengan Doktor Ular.

“Tuan Doktor, tolonglah periksa mata saya, sejak akhir akhir ni selalu aja kelabu asap dan tak boleh melihat dgn jelas“.

Doktor tersebut memeriksa Ular Tua tersebut kemudian memberikannya cermin mata dan menyuruhnya untuk kembali dalam masa 2 minggu.

2 minggu kemudian si Ular Tua datang lagi ke klinik tersebut, “Doktor, saya betul betul stress ni!”

Doktor bertanya, “Kenapa stress? cermin mata tu tak berkesan ke?“.

“Sebenarnya cermin mata tu berkesan Doktor, tapi yang buat saya stress ialah saya baru tau yang rupa rupanya selama ni saya berkawan dengan paip getah!“


(-_-') miahahahahaha...

Thursday, December 15, 2011

Mimpi Seorang Isteri..

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“..


(-_-') miahahahahaha...

Ilyas dan Berus Gigi..

Anak buah saya si Ilyas menjerit dari dalam bilik air dan kemudiannya datang kepada saya lalu memberitahu, "Pakcik, berus gigi saya terjatuh ke dalam mangkuk tandas".

Saya kemudian menggunakan penyepit dan mengambil berus giginya keluar dari mangkuk tandas tersebut lalu mencampakkan kedua dua berus gigi dan penyepit tadi ke dalam tong sampah.

Ilyas berdiri disamping saya buat seketika dan kelihatan seperti sedang berfikir. Tidak lama kemudian dia mengambil berus gigi saya dan makcik Palina lalu berkata, "Kalau begitu, Pakcik patut buang kedua dua berus gigi ni jugak sebab minggu lepas berus gigi ni pun jatuh dalam mangkuk tandas!".


(-_-') miahahahahaha...

Wednesday, December 14, 2011

Tips Untuk Cover Malu..

Berikut adalah tips tips berkesan untuk cover malu, bukan cover kemaluan ok..


a. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi…terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.

b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali…teruskan menganggap dia kenalah korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.

c. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka…jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah ‘biar rosak zip, jangan rosak akhlak’.

d. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang…teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.

e. Tersilap masuk tandas wanita… buat buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik.


(-_-') miahahahahaha...

Bad Chicken! Bad Chicken!

Somewhere 30k feets above the ground on the Gulf Air punya flight.

makan time..

crew: chicken or beef? passenger: chicken. crew: here u go.. enjoy!

2mins later..

passenger: wut a bad chicken u gave to me!?!! crew: bad chicken? passenger: yes! have a look. how can i eat this thing!?!! crew: oh. 1sec, sir.

crew ambil ayam dari kaserol, dia angkat tinggi2, sambil tampar2 macam kita tampar orang.. sambil berkata,

crew: bad chicken! bad chicken! bad chicken! dan meletakkan elok2 kembali dalam kaserol. crew: well, i guess ur chicken’s behaved now.. (sambil berlalu)


(-_-') miahahahahaha...