Wednesday, December 21, 2011

Lailatul Qadar..

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.

“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah. “Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh,” sambung Abah sambil marah2 lagi. Huhuhu

P/s :- Kesimpulannya… rajin rajinla pegi ke masjid.. sebelum terlambat!!


(-_-') miahahahahaha...

Tuesday, December 20, 2011

Majalah Lucah Versi Braille..




(-_-') miahahahahaha...

Kisah Budin..

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah. Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar…

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi…

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni “


(-_-') miahahahahaha...

Monday, December 19, 2011

Aji dan 20 ekor ayam..

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia berjumpa Pak Kadir “Tauke Ayam” untuk membeli ayam .

Lelaki kaya : “saya ingin menempah 20 ekor ayam untuk besok, ini alamat saya (sambil memberikan kad namanya yang mengandungi alamat rumah) Pak Kadir : “baiklah, saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkan ayam-ayam ini ke rumah anda besok”

Setelah itu Pak Kadir memanggil Aji dan berkata….

Pak Kadir : “Ji, besok tolong antar 20 ekor ayam ke alamat ini (Sambil memberikan kad nama lelaki kaya tersebut)” Aji : Antar ayam.. siap Boss….

Keesokan harinya Aji membawa 20 ekor ayam dengan motosikalnya. 10 ekor diletakkan di sisi kanan, dan 10 ekor diletakkan di sisi kiri. Akan tetapi malangnya, di dalam perjalanan dia eksiden terlanggar lubang…, ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari behamburan. Orang ramai datang untuk melihat keadaan si Aji, akan tetapi si Aji malah ketawa mengilai ngilai dan berguling guling.

Orang yg bertanya : “Bang, abang ok ker?.. ? takde cedera mana mana kan?” Aji : “Ha… ha… ha… !” Orang yang bertanya : “Bang, kenapa abang lain macam je ni ?” Aji: “Ha… ha… ha…, dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku… Hua.. ha.. ha.. ha…”


(-_-') miahahahahaha...

Janji Ya Bang..

Suatu ketika mandilah seorang lelaki di air terjun nan indah… Mandilah dia dengan menanggalkan semua pakaiannya.. . Dan berkecipak-cipuk bermain dengan air… Dari kejauhan datanglah seorang Maknyah berjalan Dan mendekati, lalu mengintip lelaki tersebut yang sedang mandi… maknyah sedang asyik menikmati pemandangan tersebut. .. lalu… oOoopsS !!! Maknyah tersebut tidak sengaja terpijak ranting… “KKKRRRIIIIIEEEEK”

Lelaki itu terperanjat !!!

Lelaki : SIAPA TU?? Maknyah : (diam saja… Takut kantoi)…

Oleh kerana tidak ada yang menjawab, lelaki tersebut meneruskan mandinya… Tetapi Maknyah tersebut sekali lagi kantoi, dia jatuh terpeleot, “GUUUBRAAK”

Lelaki : SIAPA TUH AAAA ? KALAU GUA DAPAT GUA RODOK MULUT LU PAKAI KOTE GUA!!! Maknyah tersebut keluar dari persembunyiannya sambil senyum manja lalu berkata “…JANJI YA BANG…!”


(-_-') miahahahahaha...

Sunday, December 18, 2011

Kisah Kambing dan Ayam..

Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi. Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam: Kambing, pekabo?

Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok reaksi engko.

Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?

Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.

Kambing: Apa? Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak…


(-_-') miahahahahaha...

Nasihat..

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi.

Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah,

“Nak… pakcik nak bagi nasihat sikit”

Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri.

“Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!”

Si budak berkata,”Datuk saya dulu pun ada nasihat juga.”

“Dia pun nasihat supaya jangan makan makanan ringan jugak ke?”

“Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN”


(-_-') miahahahahaha...