Friday, October 7, 2011

Bush memandu..

Al-kisah sewaktu Bush mengunjungi Malaysia suatu ketika dahulu, dia dibawa mengelilingi ibu kota dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata,"Tuan cakap sahaja apa yang nak di ibu kota ini... saya pasti tunaikan."

"Well.. " kata Bush..

"Saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US, kalau saya ingin keluar ke mana-mana, pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri.. Tetapi tidak pernah dapat melakukannya."

"Wah", kata pemandu.. "Kalau itu sahaja permintaan tuan, tidak menjadi masalah."

Dan kemudian mereka bertukar tempat. Bush memandu dan pemandu tersebut duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai ke persimpangan pertama, Bush lupa untuk berhenti pada lampu merah.

Tiba-tiba polis mengikut dan menyuruh kenderaan tersebut berhenti. Polis turun dari motornya dan menghampiri kenderaan tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati, dia terlihat Bush.. Dan dia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya.

"Tuan.." Kata polis itu,"Saya baru menahan seorang pegawai"
"Apa?" Kata pegawai tersebut,"Ketua polis ke?"
"Bukan tuan. Dia lebih tinggi dari ketua kita"
"Hey, adakah kamu menahan perdana menteri?"
"Tidak tuan.. Malah dia lebih tinggi"
"Well.. Siapa yang kamu tahan tu?" tanya pegawai atasan kebingungan..
"Tidak tahu tuan.." jawab polis itu. "Tapi siapa pun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Bush!!"

(-_-') miahahahahaha...

2 comments: