Friday, October 7, 2011

Lawak lucah - 3 adik-beradik perempuan yang kahwin serentak..

Al-kisah ada tiga adik beradik perempuan yang berkahwin serentak.. Anak yang sulung namanya Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga namanya Roslina. Oleh kerana mereka anak kesayangan kedua orang tuanya, maka mereka dikahwinkan serentak dengan pasangan pilihan masing-masing.

Setelah berkahwin, pergilah mereka berbulan madu ditempat berasingan mengikut selera mereka dan pasangan masing-masing. Rozana memilih untuk pergi ke Pulau Tioman di Pahang, Rozita pula memilih untuk ke Pulau Pangkor di Perak, dan Roslina ke Langkawi di Kedah.

Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-dua orang tua mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantar khabar berita tentang segala apa yang terjadi sepanjang tempoh berbulan madu itu. Oleh kerana kedua-dua orang tua itu menggunakan telefon bimbit, maka ketiga-tiga anak mereka diminta mengirimkan pesanan ringkas (SMS) mengikut 'code' yang mereka faham berdasarkan iklan di TV, majalah, akhbar, dan lain-lain media.

Tiga hari setelah mereka pergi berbulan madu, sampai la pesanan ringkas yang pertama dari anak sulung mereka Rozana, berbunyi ringkas "Standard Chartered". Setelah kedua-dua orang tua mendapat pesanan tersebut, cepta2 mereka mencari iklan standard chartered di dalam akhbar. Iklan itu berbunyi "BESAR, TEGUH, PERAMAH", maka tersenyumlah ayah dan bonda Rozana. Fahamlah mereka anak mereka sedang berbahagia.

Masuk hari ke empat, masuk lagi satu sms dari Rozita di Pulau Pangkor. Sms nya pendek sahaja berbunyi "NESCAFE". Dicarinya iklan nescafe di dalam majalah dan di bacanya iklan tersebut berbunyi.. "NIKMATNYA SAMPAI KE TITISAN TERAKHIR". Tersenyum bangga kedua orang tua Rozita, sambil ketawa tak kering gusi happy.

Masuk hari ke lima, tiada apa diterima. Begitu juga hari ke enam dan ke tujuh. Tiada berita dari anak bongsunya. Ayah dan emak Roslina mengeluhdan terdetik dalam hati mereka,"Anak aku ni dah dapat suami terus lupa kat aku?? Sampai hati dia hingga tak hantar khabar berita kepada aku pun..?"

Setelah masuk minggu ke dua, akhirnya handphone ayah Roslina berbunyi.."beep..beep" tanda mesej sampai. Lalu di baca pesanan ringkas itu berbunyi "CATHAY PACIFIC". Dengan segera kedua org tua Roslina mencari iklan dari majalah. Didapati iklan itu berbunyi,"7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI, NON-STOP!!!!!"

(-_-') miahahahahaha...

3 comments: