Wednesday, October 5, 2011

Nikmati sotong..

Keadaan di Medan MARA agak riuh. Kelihatan orang ramai begitu asyik menikmati makanan dan minuman yang terhidang di meja masing-masing.. Pelanggang yang masih menunggu.. Menghamburkan hilai tawa sementara menunggu hidangan sampai.

Di meja no.8 kelihatan 3 orang sahabat sedang asyik menjamu selera. Mereka agak berselera mungkin kerana terasa lapar setelah seharian berlatih di bengkel teater. Salah seorang dari mereka bersuara..

P : Eh, ko nak rasa ambillah..

Sahabat si Q terus menceduk sedikit nasi goreng.. lalu berkata,"Sedap juga nasi goreng ini". Mereka bertiga saling merasa makanan. Jelas terpapar riak wajah mereka yang berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan. R menikmati makanannya agak kusyuk. Kelihatan seperti janggut sotong terselit di antara sayur dan nasi. Sotong adalah makanan kegemarannya. Dimamahnya sehingga hancur dan ditelannya penuh nikmat..

Dikuisnya lagi kalau-kalau terselit sotong.. Tapi lain pula yang nampak.. Cam kepala ada mata.. Ciiicaaakkkkk... Uweekkkss tiga-tiga muntah.. Ntah apa jadi lepas tu.

(-_-') miahahahahaha...

2 comments:

  1. Hahaha~ teringat pulak aritu member makan chicken chop ade cicak. Tapi tu cicak mainan kitorang letak dalam pinggan die. Satu kedai terkejut dengar die menjerit. Hahaha~

    ReplyDelete
  2. Cik Yana - haha.. mmng sedih kalo kena dajal cmtu..

    ReplyDelete