Saturday, October 8, 2011

Pesakit ahli politik..

Al-kisah pada suatu hari, lima pakar bedah berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk melaksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama : Saya suka seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanyanya di dalam diri mereka adalah di nomborkan.

Pakar bedah kedua : Ya mungkin betul, tapi anda perlu mencuba juru-elektrik, segalanya adalah kod berwarna.

Pakar bedah ketiga : Ohh tidak!! Saya betul-betul merasakan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad.

Pakar bedah keempat : Kamu semua tahu saya suka perkerja binaan, mereka selalu tahu bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan.

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata,"Kamu semua silap! Ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada hati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah."

(-_-') miahahahahaha...

No comments:

Post a Comment